Pagi Isnin lepas, Mak bangun sahur & tidur semula macam biasa tapi lepas bangun dari tido sekejap tu, dia mengadu tak boleh bangun. Sakit kepala dan perut. Saya dah berkira-kira bawa dia ke hospital. Jam 7:30... dia cakap dah ok sikit. Saya pon siap untuk ke ofis.
Lebih kurang jam 10am, abang call suruh balik untuk bawa Mak ke klinik berdekatan. Hasil pemeriksaan doktor, tekanan darah Mak tinggi, kencing manis ada sikit dan ada ketumbuhan berdekatan salur darah utama. Saya bawa Mak ke HUKM untuk rawatan lanjut petang itu juga. Sekarang tunggu panggilan hospital untuk temujanji. Saya agak risau dengan ketumbuhan tu.
Sejak tu Mak tak dibenarkan naik ke tingkat atas, basuh baju dengan tangan, masak dan kerja-kerja berat lain. Mak degil... nak buat kerja-kerja yang biasa dia buat. Bosan dan tak sakit katanya. Tugas-tugas yang biasa Mak buat beralih ke saya. Saya masih dalam keadaan kelam kabut dan penyesuaian penambahan kerja rumah terutama masak. Semuanya ringkas. Goreng-goreng dan rebus.Tak cukup masa. Tambah lagi dengan adanya projek uncang yang perlu disettlekan secepat yang mungkin.
August 8, 2012
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
Semalam cuaca agak panas dan saya berkelah di belakang rumah. Puasa mana leh mandi-manda di kolam. Bukan saya, tapi itik-itik dan angsa-angs...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...