Dah beberapa hari tak 'ke udara'. Sibuk dan agak berkira-kira nak update story mory. Hehh. Apa ada hari ni? Hmm.. seperti biasa, jogging kat Lake Valley sesudah sembahyang subuh. Aktiviti ni mula sebaik sahaja habis bulan Syawal. Setakat ni jadual jogging 3 hari seminggu adalah wajib. Seisi tambahan, ikut kemampuan. Balik dari jogging tak kan nak sambung tidur balik... tak selera mak, nyahhh. Lain ler Kembar-Saya tu. Hari ni ada masa lebih kurang 40 minit sebelum gerak ke ofis, jadi sempat goreng bihun.
Sambil bersiap sedia sebelum ke ofis, saya curi-curi dengar topik nyanyuk Malaysia Hari Ini TV3 sebab ada kena mengena dengan Mak. Hasil curi-curi dengar, saya akui kesabaran teramat sangat dituntut dalam berhadapan dengan pengidap. Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan elak tidur selepas waktu Asar. Jangan sesekali marah dan perlu melayan pengidap umpama bayi. Dan satu lagi, jangan megeluh dalam berhadapan dengan pesakit begini sebab kita juga mungkin akan mengalami bila tua nanti. Pemakanan yang dicadangkan untuk membantu menguatkan daya ingatan yang sempat saya dengar ialah protein. Contoh pemakanan ialah telur dan madu. Topik yang menarik untuk digali :)
Sekian untuk masa ni... akan bersambung. Insyallah :)
October 11, 2012
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
Semalam cuaca agak panas dan saya berkelah di belakang rumah. Puasa mana leh mandi-manda di kolam. Bukan saya, tapi itik-itik dan angsa-angs...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...