Satu perkara wajib yang saya lakukan setiap pagi (kecuali suami hantar) untuk ke ofis ialah naik keretapi komuter. Jadual kebiasaan saya ialah tren-tren antara jam 6:23 hingga 7:08 pagi. Kekerapan 15 minit. Kalau tren 6:53 pagi keatas, saya akan duduk di gerabak paling depan (campur lelaki dan perempuan) sebab masih ada sisa tempat duduk untuk saya. Kalau gerabak tengah (perempuan sahaja), saya tak ada harapan untuk duduk sebab waktu puncak orang-orang ke pejabat terutama kaum hawa.
Cerita atas tu sebenarnya intro. Kalau saya naik tren jam 6:53, saya suka duduk dekat dengan satu kumpulan Akak-Akak Senah ni. Meriah suara mereka dengan cerita dan tawa. Saya suka mengendeng dengar cerita.. gosip mereka. Mungkin masing-masing dah berumur 40 tahun ke atas, bekerjaya dan punya keluarga yang anak-anak berdikari (urus diri sendiri). Dah tentu banyak pengalaman diorang dalam menguruskan hidup. Kesempatan saya untuk cedok ilmu yang baik dari mereka.
Pagi ni saya dengar Akak-Akak Senah komen tentang tazkirah dalam seisi solat tarawikh. Tentang tambahan masa tazkirah berpuluh minit. Katanyer tambahan masa menyebabkan seisi solat selesai dah jam 11 malam. Balik tarawikh buat itu ini sikit.. pukul berapa nak tidur?... lagi nak bangun awal siapkan sahur.. urus anak-anak. Akak-Akak Senah ni wanita yang baik sebab mereka serba boleh. Kerja di pejabat, kerja di rumah... macam macam tanggungjawap dilaksanakan. Orang lelaki je kadang-kadang tak faham atau buat tak faham. Betul juga... jawantankuasa surau dan masjid perlu faham antara jemaah mereka ialah kaum wanita yang berkahwin. Masa sangat berharga bagi wanita bekerjaya status kahwin. Petang sampai rumah terus menguruskan rumahtangga. Waktu berehat ialah waktu tidur. Sabar je la Akak-Akak Senah. Apa yang boleh buat, beritahu pihak pengurusan surau atau masjid. Masalah selesai. Hehehhh.
Ok, tamat sudah cerita tak berapa nak pendek ni. Nanti saya cerita lagi isu terkini lagi sensasi Akak-Akak Senah.
July 11, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
Semalam cuaca agak panas dan saya berkelah di belakang rumah. Puasa mana leh mandi-manda di kolam. Bukan saya, tapi itik-itik dan angsa-angs...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment