November 28, 2014
'Nasib baik'
Rupa-rupanya dia ibu tunggal. Suaminya meninggal 3 tahun lepas. Mereka sempat bersama selama 3 tahun saja. Selama 2 tahun berkawan, baru hari ni saya dapat tahu. Dia menyimpan rahsia ni sebab tak nak simpati saya. Masing-masing punya 'nasib baik'. Tanda Allah sayang makhluk cipataanNya. Allah bagi 'nasib baik' tak sama kat setiap orang. Semoga Syima tabah.. sabar menghadapi kehidupan dunia sendirian bersama 2 orang anaknya. Al-Fatihah buat suami Syima.
Keputusan UPSR
Alhamdulilah... berkat usaha dia serta Mama dia, Papa dia, Tok Bak & Tok Mak sekeluarga dia yang banyak memberi sokongan dan semangat dia. Kalau Atok masih ada, misti bangga dengan Sofea.
Naik satu tangga lagi...
Semoga Qistina Sofea binti Zulkifli menjadi insan yang solehah, berjaya dunia dan akhirat.
Budak baik... pipi dah tak gebus |
Mak Su sayang Qistina selalu.....
November 26, 2014
Cerita perjalanan hidup
Hmmm... selagi saya rasa kisah ini tak perlu menjadi rahsia, saya biarkan ia diketahui. Inilah secara umum kisah perjalanan hidup saya dengan menggunakan gambar Google Earth. Perincinya panjang sangat.. insyallah suatu hari nanti.
1977... Lahir
1977-1987... Zaman kanak-kanak
Dulu, menyorok-nyorok ke taman permainan belakang sekolah agama ni sebab
jauh sikit dari rumah. Kena rotan & marah kalau Mak &
Ayah tahu. Dulu Ayah tak hantar sekolah agama tapi dihantar mengaji
Al-Quran kat rumah Mak Engku . Kalau kekawan pegi sekolah agama, main ler kamu sorang2.
Dulu, kadang-kadang ikut abang atau kekawan ke perpustakaan. Tandanya ialah belakang perpustakaan tu ada parit. Sekarang dah jadi IJN. Perpustakaan tu dah beralih ke seberang jalan... membesar sangat. Bila dah besar sangat, kita panggil dia Perpustakaan Negara. Hehhheh.
Kekadang ikut abang atau kekawan merayap kat Ampang Park. Kocik-kocik dah pandai window shopping!
Selain main masak-masak, saya join budak lelaki main basikal. Nyorok-nyorok ngan basikal. Masa tu zaman basikal BMX. Tapi Ayah belikan basikal Shimano. Tak kisah pon... sama gak & lagi best. Pink kaler!. Habis satu Kg. Baru kami merayap kecuali kawasan yang kena melintas jalan besar. Tak berani... nanti cam katak mati tengah jalan.
Bila musim cuti sekolah, Mak hantar balik kampung. Tinggal dengan Atok dan Nenek. Tapi kalau cuti seminggu, 1 hari rumah Atok... 6 hari rumah Alang. Ngeh2. Raya puasa dah memang wajip beraya kat kampung. Sekarang dah tinggal tapak rumah.
Kami adik beradik di hantar sekolah rendah di Sekolah Jalan Gurney. Saya selalu dok nombor corot sebab hmmm... budak bijak kelas Teratai cam saya misti dok corot dulu. Di sini bermulanya saya teruja dengan matematik.
1988-2008... Zaman kanak-kanak hingga dewasa
Cukup masa, Ayah ajak pindah. Saya ok je. Cerita sekolah dulu.
Saya ditukarkan sekolah di sini. Di sini, ok laaaa. Dalam darjah 6, mulanya kepayahan hidup. Ayah dan Mak berpisah. Darjah 6, saya hanya belajar matematik. Mungkin jiwa saya suka nombor. UPSR, corot sangat-sangat. 1A untuk matematik dan yang lainnya D. Nyawa-nyawa ikan. Rasakan... Sukan... kenangan manis johan lari dalam guni :)
Sekolah menengah, Mak jadi pembantu rumah seorang cikgu di sekolah yang sama. Ayah berhijrah ke tempat lain. Tingkatan 1 aliran pertanian, saya ditempatkan dikelas agak corot sebab kedudukan kelas berdasarkan keputusan UPSR. Yang ni, saya ok juga. Ada hikmah keputusan saya selalu corot pada permulaan. Pertama, semangat belajar kembali. Mungkin semangat matematik buat saya kembali belajar. Mula tingkatan 2 saya tukar ke kelas pertama. Ayah tak lupa bagi sokongan dan beli keperluan saya. Kedua, kemahiran pertanian menjadikan saya agak serba boleh dalam kehidupan. Alhamdulilah. SRP tiket untuk saya melangkah ke dunia sains dan SPM tiket saya untuk jejakkan kaki ke menara gading walaupun separuh jalan. Mungkin sekolah ni terlalu gah untuk saya. Segan untuk berada dikalangan bijak pandai. Pada saya, mungkin juga saya tak dapat terima ilmu yang belajar untuk lulus periksa. Tak dapat terima logik ni. Saya paksa diri untuk terima teori tapi tak dapat praktikalnya. Saya terima ketentuan perjalanan hidup sebegini. Alhamdulilah, didikan yang saya terima menjadikan saya hidup tak terlalu melencong dan ke laut.
Ringkasnya, selepas tamat SPM... saya pernah jejak kaki ke sini >>
Ok... habis bab sekolah.
Kampung Cempedak... dilorong ini, saya suka suasana kampungnya.
Zaman kanak-kanak...
Saya dengan geng basikal hingga ke geng motor merayap ke Tasik Biru Kundang. Ikut laluan dalam dan kebun getah sebab tak ada lesen motor. Dulu ramai orang berkunjung termasuk pemain jet ski. Ayah marah kalau dia tahu saya merayap sampai ke sana. Ayah kembali di Kuang selepas 3 tahun berhijrah ke tempat lain.
Selain ke lombong (Tasik Biru Kundang). Saya jadi pengunjung perpustakaan. Mungkin dah remaja dan selalu kena marah sebab suka kerkawan dengan geng merayap, saya bawa diri jadi geng buku. Lebih kurang 1 batu dari rumah dengan basikal. Motor jarang sebab Ayah cakap, road tax & lesen tak ada.
Dengan basikal juga, kadang-kadang saya berkayuh ke Pekan Kuang. Beli pas bulanan bas dan window shopping. Di sini letaknya Stesen Keretapi Kuang. Sekarang pekan ni sibuk pada waktu puncak sebab ramai yang memilih naik tren Komuter di Stesen Kuang daripada memandu.
Tempat yang top zaman remaja saya ialah Simpang & Bandar Baru. Simpang batu 16, tempat pertemuan budak-budak sekolah. Tempat turun - naik bas awam. Ada pasar pagi setiap Jumaat.
Bandar Baru Sg. Buloh... bandar paling hampir. Tuisyen, beli belah barang sekolah. Saya pernah ambil tuisyen matematik tambahan di Kepong. Tahan 3 bulan, lepas tu ambil keputusan untuk belajar sendiri atas alasan jiwa tak boleh terima kalau niat nak ikut kawan-kawan. Lagipun, tak perlu bazir duit Ayah. Sian Ayah. Jadi keputusan SPM adalah keputusan atas usaha belajar sendiri. Bila dah umur 14 tahun, saya dah pandai turun KL.. cuci mata ikut kawan-kawan. Apa pun, pandai-pandai berkawan. Yang baik ikut, tinggalkan yang tak baik.
Alam pekerjaan....
Habis periksa SPM, saya jadi pekerja kilang sementara tunggu keputusan keluar. Belum keluar keputusan, saya berhenti. Rehat. Kenangan kerja kilang ialah duit gaji saya beli sepasang kasut paling mahal dalam sejarah hidup budak sekolah, berharga rm99 di Sogo. Kasut tu buat pakai ke kuliah dari matrik hingga ke tahun 1 degree. Berbaloi juga. Bila kena hujan, habis kaki tukar kaler biru.
Lepas sekolah UPM, saya mula bekerja sebagai kerani pejabat perunding M & E selepas sebulan mengganggur. Saya tak pilih kerja. Janji dapat kerja dan pengalaman. Gaji permulaan ialah rm700. Jadi ler. Di sinilah bermulanya kisah jawatan pelukis pelan. Saya bertahan situ selama 21 bulan.
Selepas tu, saya berhijrah ke pejabat sub kontraktor paip hingga sekarang. Pindah ofis saja 4 tahun lepas.
Dulu di sana......
Sekarang di sini....
Rumah....
Selepas 2 tahun bekerja di Cheras, saya terpaksa berpindah dan menyewa rumah di Cheras bersama Mak disebabkan perselisihan faham dengan Ayah bermula tahun 2007 hingga 2012. Hati saya kembali sejuk selepas 5 bulan merajuk. Saya bawa Ayah tinggal bersama disebabkan faktor keuzuran Ayah. Rumah sewa pertama saya ialah di Taman Sri Bahagia.
dan rumah sewa kedua di Bdr Tun Hussein Onn. Di situ, Ayah menghembuskan nafas terakhir selepas 2 minggu berpindah dan saya melangsungkan pernikahan setahun kemudian.
28 Mei 2012.... Mak, saya dan suami kembali ke Kuang semula.
Saya dan Dia....
Hehehh... imbasan kenangan berpacaran.
Saya bekerja sambilan sebelah malam selama 3 tahun dari tahun 2006 untuk menampung perbelanjaan. Berdikari tanpa bergantung pada bantuan kewangan dari sesiapa. Dari McD, Kedai runcit hingga ke KFC. Saya berhenti dari kerja sambilan sebaik sebaik sahaja Ayah meninggal. Saya mula kenal dengan Tok Siak pada 2009 melalui adik angkat yang merupakan saudara Tok Siak. Kami sama-sama kerja sambilan di KFC.
Pertemuan pertama ialah di Mid Valley jam 12 tengah malam selepas waktu kerja. Saya tak punya waktu lain. Awak nak jumpa sangatkan? Heheh. Jumpa di MidValley, makan di Bukit Angsana.
Mula kenal lebih kurang April 2008... jumpa pertama Disember 2008. Bertunang 18 November 2009 dan nikah 12 Mac 2010.
Sekian.
1977... Lahir
1977-1987... Zaman kanak-kanak
Tapak rumah arwah Atok Sulaiman.. Jalan Hamzah, Kg. Baru |
Lorong Raja Musa 3, Kg. Baru... Taman permainan |
Lorong Hj. Yahya Syeikh Ahmad, Kg. Baru.... Tapak rumah Mak Engku |
IJN... tapak perpustakaan |
Kg. Baru - Ampang Park |
Kg. Baru... liputan jejak basikal |
Selain main masak-masak, saya join budak lelaki main basikal. Nyorok-nyorok ngan basikal. Masa tu zaman basikal BMX. Tapi Ayah belikan basikal Shimano. Tak kisah pon... sama gak & lagi best. Pink kaler!. Habis satu Kg. Baru kami merayap kecuali kawasan yang kena melintas jalan besar. Tak berani... nanti cam katak mati tengah jalan.
Kg. Lubuk Redan, Masjid Tanah |
Bila musim cuti sekolah, Mak hantar balik kampung. Tinggal dengan Atok dan Nenek. Tapi kalau cuti seminggu, 1 hari rumah Atok... 6 hari rumah Alang. Ngeh2. Raya puasa dah memang wajip beraya kat kampung. Sekarang dah tinggal tapak rumah.
SRK Jalan Gurney 2, Jalan Semarak |
1988-2008... Zaman kanak-kanak hingga dewasa
Cukup masa, Ayah ajak pindah. Saya ok je. Cerita sekolah dulu.
Saya ditukarkan sekolah di sini. Di sini, ok laaaa. Dalam darjah 6, mulanya kepayahan hidup. Ayah dan Mak berpisah. Darjah 6, saya hanya belajar matematik. Mungkin jiwa saya suka nombor. UPSR, corot sangat-sangat. 1A untuk matematik dan yang lainnya D. Nyawa-nyawa ikan. Rasakan... Sukan... kenangan manis johan lari dalam guni :)
Laluan ke menara gading |
Ringkasnya, selepas tamat SPM... saya pernah jejak kaki ke sini >>
untuk program matrikulasi selama 3 semester
Bekas lokasi Kolej Unitek, Jalan SS 6/12 Kelana Jaya |
dan
program ijazah kejuruteraan awam selama 3 tahun
Kampung Cempedak... dilorong ini, saya suka suasana kampungnya.
Muka depan lorong |
Saya dengan geng basikal hingga ke geng motor merayap ke Tasik Biru Kundang. Ikut laluan dalam dan kebun getah sebab tak ada lesen motor. Dulu ramai orang berkunjung termasuk pemain jet ski. Ayah marah kalau dia tahu saya merayap sampai ke sana. Ayah kembali di Kuang selepas 3 tahun berhijrah ke tempat lain.
Tasik Biru Kundang |
Laluan dalam |
Selain ke lombong (Tasik Biru Kundang). Saya jadi pengunjung perpustakaan. Mungkin dah remaja dan selalu kena marah sebab suka kerkawan dengan geng merayap, saya bawa diri jadi geng buku. Lebih kurang 1 batu dari rumah dengan basikal. Motor jarang sebab Ayah cakap, road tax & lesen tak ada.
Dengan basikal juga, kadang-kadang saya berkayuh ke Pekan Kuang. Beli pas bulanan bas dan window shopping. Di sini letaknya Stesen Keretapi Kuang. Sekarang pekan ni sibuk pada waktu puncak sebab ramai yang memilih naik tren Komuter di Stesen Kuang daripada memandu.
Tempat yang top zaman remaja saya ialah Simpang & Bandar Baru. Simpang batu 16, tempat pertemuan budak-budak sekolah. Tempat turun - naik bas awam. Ada pasar pagi setiap Jumaat.
Simpang Batu 16 Sg. Pelong |
Bandar Baru Sg. Buloh... bandar paling hampir. Tuisyen, beli belah barang sekolah. Saya pernah ambil tuisyen matematik tambahan di Kepong. Tahan 3 bulan, lepas tu ambil keputusan untuk belajar sendiri atas alasan jiwa tak boleh terima kalau niat nak ikut kawan-kawan. Lagipun, tak perlu bazir duit Ayah. Sian Ayah. Jadi keputusan SPM adalah keputusan atas usaha belajar sendiri. Bila dah umur 14 tahun, saya dah pandai turun KL.. cuci mata ikut kawan-kawan. Apa pun, pandai-pandai berkawan. Yang baik ikut, tinggalkan yang tak baik.
Bandar Baru Sg. Buloh |
Habis periksa SPM, saya jadi pekerja kilang sementara tunggu keputusan keluar. Belum keluar keputusan, saya berhenti. Rehat. Kenangan kerja kilang ialah duit gaji saya beli sepasang kasut paling mahal dalam sejarah hidup budak sekolah, berharga rm99 di Sogo. Kasut tu buat pakai ke kuliah dari matrik hingga ke tahun 1 degree. Berbaloi juga. Bila kena hujan, habis kaki tukar kaler biru.
Jalan Perusahaan 3 |
Lepas sekolah UPM, saya mula bekerja sebagai kerani pejabat perunding M & E selepas sebulan mengganggur. Saya tak pilih kerja. Janji dapat kerja dan pengalaman. Gaji permulaan ialah rm700. Jadi ler. Di sinilah bermulanya kisah jawatan pelukis pelan. Saya bertahan situ selama 21 bulan.
Bekas lokasi pejabat.. Jalan Medan Putra 3 |
Dulu di sana......
Pejabat lama |
Rumah....
Selepas 2 tahun bekerja di Cheras, saya terpaksa berpindah dan menyewa rumah di Cheras bersama Mak disebabkan perselisihan faham dengan Ayah bermula tahun 2007 hingga 2012. Hati saya kembali sejuk selepas 5 bulan merajuk. Saya bawa Ayah tinggal bersama disebabkan faktor keuzuran Ayah. Rumah sewa pertama saya ialah di Taman Sri Bahagia.
Jalan Bahagia 10 |
dan rumah sewa kedua di Bdr Tun Hussein Onn. Di situ, Ayah menghembuskan nafas terakhir selepas 2 minggu berpindah dan saya melangsungkan pernikahan setahun kemudian.
Jalan Suasana 4/2c |
28 Mei 2012.... Mak, saya dan suami kembali ke Kuang semula.
Saya dan Dia....
Hehehh... imbasan kenangan berpacaran.
Saya bekerja sambilan sebelah malam selama 3 tahun dari tahun 2006 untuk menampung perbelanjaan. Berdikari tanpa bergantung pada bantuan kewangan dari sesiapa. Dari McD, Kedai runcit hingga ke KFC. Saya berhenti dari kerja sambilan sebaik sebaik sahaja Ayah meninggal. Saya mula kenal dengan Tok Siak pada 2009 melalui adik angkat yang merupakan saudara Tok Siak. Kami sama-sama kerja sambilan di KFC.
Jalan Cerdas |
Pertemuan pertama ialah di Mid Valley jam 12 tengah malam selepas waktu kerja. Saya tak punya waktu lain. Awak nak jumpa sangatkan? Heheh. Jumpa di MidValley, makan di Bukit Angsana.
Makan goreng-goreng |
Sekian.
Rumah Impian Saya: Rumah kabin (11)
Semalam saya jalan-jalan situ sana sini melalui Google Earth. Badan belum pasti tibanya bila... deria melihat dah sampai. Jadi lerrr. Rasa nak tengok rumah kabin saya. Gambar ni beberapa bulan yang lepas sebab pokok mangga kecil depan kabin dah mati. Bolehlahhhhh.. Cik Cha interprem lak dalam gambar. Cik Cha saya memang rajin mengemas laman ;)
Suatu pagi, cuaca yang baik di hari bekerja......
- bersambung di Rumah Impian Saya: Rumah kabin (12)
Suatu pagi, cuaca yang baik di hari bekerja......
- bersambung di Rumah Impian Saya: Rumah kabin (12)
November 20, 2014
Erkkkk...???
Hmmm... saya kawan dia. Saya, pendengar rasa ketidakpuasan hatinya terhadap satu isu. Di akhir penyelesaian isu itu, dia tutup kes dan buat kesimpulan....
Erkkkk...???
Hmm... saya ok je. Saya akan hormat prinsip itu :)
Masalah dalam hubungan sesama manusia. Setiap orang memandang berat masalah tersebut. Bagi yang lebih beremosi, hal dipandang besar dan berat. Ini meremeh temehkan isu. Tokok tambah cerita. Sampai menyampai. Kekadang kita susah mengaku kesilapan diri. Buat sesuatu demi kepentingan diri. Juga susah memaafkan kesilapan orang lain walaupun hal dah lama selesai atau berlalu. Apa pun, buat baik pada diri sendiri dan orang lain... jujur... ikhlas.. tak terlalu mencampuri urusan orang lain... tak melanggar hukum agama. Allah pasti berada selalu disisi kita seterusnya insyallah, masalah jarang timbul.
"Yang pasti jangan percaya pada sesiapa lagi".

Buat baik dengan Allah, pasti Allah baik dan belas dengan kita
November 18, 2014
Baja Air Beras + Gula Merah
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang murah. Baru kejap ni saya dapat ilmu buat baja Effective Mikroorganisma (EM). Resipi ni bagi saya cukup sifat kerana bahan-bahan yang perlu mudah saya dapat. Saya harus cuba!
Mengikut kefahaman saya, secara ringkasnya....
Bahan-bahan:
1 liter air (tanpa klorin) cucian beras (cucian pertama sebab ia pekat. Lebih pekat lebih bagus)
1 kg gula merah
Kaedah:
Campur kedua-dua bahan ke dalam botol plastik kosong (botol air mineral). 1/4 atau lebih bahagian botol adalah ruang udara.
Goncang hingga sebati.
Biar beberapa hari sehingga 2 minggu iaitu bau masam manis dan lapisan putih di permukaan terbentuk. Dalam tempoh itu, buka tutup 3-4 hari sekali untuk bebaskan gas. Tidak boleh gonyang atau kacau botol. Gegaran akan menyebabkan mikrob mati.
Penggunaan:
Sayur berdaun....
Minggu ke-1: 5ml + 1 liter air tanpa klorin
Minggu ke-2: 10ml + 1 liter air tanpa klorin
Minggu ke-3: 15ml + 1 liter air tanpa klorin
Minggu ke-4: 20ml + 1 liter air tanpa klorin
Sayur berbuah....
Minggu ke-1: 10ml + 1 liter air tanpa klorin
Minggu ke-2: 15ml + 1 liter air tanpa klorin
Minggu ke-3: 20ml + 1 liter air tanpa klorin
Minggu ke-4: 25ml + 1 liter air tanpa klorin
Tips:
Guna bersama-sama air perut ikan.
Tanaman dalam pasu, guna bersama-sama baja asas/organik najis ayam atau lain. Baja ini akan menyuburkan tanaman disebabkan tanaman akan cepat menyerap baja/nutrisi.

November 17, 2014
Laporan Ahad
Ceritanya sama macam minggu lepas... menjahit & berkebun. Sebelah pagi, aktiviti berkebun dan masak. Alhamdulilah... pokok-pokok serai sudi membesar. Terima kasih Cik-cik Serai. Kali ni saya gemburkan tanah keliling mereka.
Akhir aktiviti Ahad ialah menyiapkan tugasan Langsir tadika. Alhamdulilah. Petang ni seisi penyerahan oleh Tok Siak sebabnya saya tak dapat hadir. Dah boleh tutup fail dan buka fail tugasan baru.
Info tambahan:
Kaedah membiak tumbuhan melalui keratan batang (propagasi) oleh En. Iskandar
Cik-cik Kentang pula... sama juga. Mereka mula keluarkan akar dan tunas. Saya korek semula dan susun dengan lebih baik. Perancangan untuk buat meja tanaman dan batas terpaksa ditunda disebabkan kehadiran Cik Hujan. Kerjasama Cik Hujan penting juga supaya Cik-cik tanaman saya tumbuh subur. Meja tu boleh buat Ahad akan datang.
Cik-Cik Pandan... hmmm. Satu pokok agak kronik. Macam mana pun, saya berusaha menyelamatkannya.
Seisi berkebun saya ditemani Cik-cik Ayam Belanda. Ramah tamah mereka. Klok klok kokkkk...kllloook kok klokk klokkk.. Mereka ajak berborak. Layannnnn. Saya pun terpaksa berklokkk klok. Cam comel je. Macam ler saya paham benor. Mak gelak je tengok kitorang berborak. Hehehhh
Info tambahan:
Kaedah membiak tumbuhan melalui keratan batang (propagasi) oleh En. Iskandar
November 15, 2014
Sabtu... gemersik laungan
Tok Siak saya sedang berjinak-jinak nak jadi bilal. Teruja dia bila sekali sekala diberi peluang mengalunkan azan surau dekat rumah bila bilal-bilal yang dilantik berada diluar kawasan atau tak berkesempatan ke surau. Tok Siak saya akan bergegas ke surau bila tiada laungan bila masuk waktu. Masih peringakt belajar. Saya perlu beri sokongan. Jadi, saya contoh-contoh laungan yang baik dannnn.... video kat bawah ni antara yang terbaik. Menitis air mata... semoga adik Muhammad Amnan bin Muhammad Sani berjaya dunai & akhirat. Juga semoga suatu hari nanti anak kami seperti adik ni juga. Insyallah.
November 14, 2014
Bila nak siap ni?
Langsir o langsir ~
Jam 3 pagi kemarin |
Stutus terkini Tugasan Langsir Tadika:
70 peratus siap
-set tingkap 1-7, 1 set baki kain, 1 set tangga, 1/2 set sliding door-
Baki
- 2 setengah set sliding door-
Baki
- 2 setengah set sliding door-
Tugasan Masak: Begedil ayam
Kisah kemarin, masak begedil. Sepatutnya hari sebelumnya tapi berlaku kejadian tak diingini.... Tok Siak dengan bangganya membeli secekak 'Daun Sup'! Hehehh... ada banyak kat kedai, katanya. Hmm... selama dia dok selalu ke kedai cukupkan barang dapur, belum pernah dia salah beli.
Jadi, kemarin baru lunaskan permintaan Tok Siak yang mengidam. Gigih bangun awal jam 4 pagi untuk siapkan begedil kosong. Kosong sebab tak ada letak isi ayam dan lupa tambah bawang goreng. Dah makan 3 biji baru teringat! Resipi di bawah ialah resipi begedil ayam yang sepatutnya.
Bahan-bahan:
150-200g isi ayam
10-15 biji kentang
5-10 batang daun sup
10-20 biji lada sulah
2 biji bawang merah saiz besar
Sebiji telur
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara-cara:
Isi ayam di rebus. Selepas masak empuk, saya tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
Kentang saya kupas, cuci dan potong dadu. Lepas tu, di goreng hingga empuk. Kemudian, saya tumbuk lumat ketika panas. Kentang lebih mudah lumat ketika panas. Ketepikan.
Daun sup saya cuci dan dicincang. Ketepikan.
Adunan, dibentukkan. Kali ni saya bulat-bulatkan comel lebih kurang saiz bola ping pong. Ketepikan.
Panaskan minyak masak sementara telur dipecahkan dan dikocak.
Adunan yang terbentuk saya celup kedalam telur dan digoreng hingga masak kekuningan dengan api sederhana.
Sekian.....
'Daun Sup' |
Bahan-bahan:
150-200g isi ayam
10-15 biji kentang
5-10 batang daun sup
10-20 biji lada sulah
2 biji bawang merah saiz besar
Sebiji telur
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara-cara:
Isi ayam di rebus. Selepas masak empuk, saya tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
Kentang saya kupas, cuci dan potong dadu. Lepas tu, di goreng hingga empuk. Kemudian, saya tumbuk lumat ketika panas. Kentang lebih mudah lumat ketika panas. Ketepikan.
Daun sup saya cuci dan dicincang. Ketepikan.
Lada sulah, cuci dan ditumbuk lumat. Ketepikan.
Bawang goreng, dipotong nipis gan goreng. Kemudia di tumbuk. Ketepikan.
Kemudian, semua bahan-bahan diatas dan garam digaul sebati didalam mangkuk adunan.Adunan, dibentukkan. Kali ni saya bulat-bulatkan comel lebih kurang saiz bola ping pong. Ketepikan.
Adunan yang terbentuk saya celup kedalam telur dan digoreng hingga masak kekuningan dengan api sederhana.
Sekian.....
Amboiiii... ke main sedap korang tido! ;) |
November 12, 2014
Gegirl
Taraaaaa... Gegirl kami. Anak kambing betina pertama koleksi kebun kami. Dah sebulan. Lebih kurang seminggu sebelum Gegirl, lahir Boboy. Boboy kurang mesra. Susuk Boboy sama macam Black. Warna coklat.
*****
Cerita malam tadi, nak hilangkan bosan katanya...menyakat Olen!
Subscribe to:
Posts (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...