Mengantuk nyerrr. Niat malam tadi tak nak pegi keje. Pagi ni rasa mengantuk sakit kepala. Risau Cik Cha tinggal sorang. Letih pun ada juga. Umpama bekerja 2 shift. 9 pagi - 11 malam. Banyak masa menunggu. Semalam seharian menguruskan Cik Cha yang sakit tangan. Kecemasan. Pagi Sabtu lepas dia jatuh dalam perjalanan ke kedai. Bengkak. Tok Siak bawa ke klinik pagi itu juga. Doktor sahkan hanya bengkak. Cik Cha diberi suntikan, pil tahan sakit dan bengkak. Saya tunggu dan lihat dalam masa 3 hari.
Tunggu giliran jumpa pakar |
Keadaan semakin bengkak kemarin. Jadi, saya buat keputusan untuk bawa Cik Cha ke Klinik Kesihatan Kuang pagi semalam. Kes Cik Cha dihantar ke Hospital Sg. Buloh. Berdasarkan x-ray, doktor pakar hospital Sg. Buloh sahkan tulang di pergelangan lari dan ada sedikit patah.
Rawatan yang sesuai untuk Cik Cha ialah menarik semula kepada kedudukan asal berbanding pembedahan disebabkan faktor usia. Cik Cha ditidurkan dan dibius sebab rawatan akan menyebabkan rasa sakit. Keseluruhan rawatan berlaku dengan lancar. Cik Cha saya beri kerjasama yang baik walaupun dia takut dicucuk.
Pengalaman seharian di klinik dan hospital... saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Kemudahan hidup yang agak selesa. Agak berpuas hati dengan pengurusan, kemudahan dan layanan cuma memerlukan kesabaran waktu menunggu giliran.Saya perlu faham yang bukan kita sahaja yang amat memerlukan rawatan. Mungkin sedikit masa nanti, waktu menunggu jadi lebih singkat.Sekian. Jumpa tahun depan!
No comments:
Post a Comment