Malam tadi saya & Tok Siak lakukan aktiviti luar jangka. Dari Kota Damansara ke Tanjung Karang. Siap sesat di Damansara Utama. Ambil di Kota Damansara dan hantar ke Tanjung Karang, abang kepada jiran sebelah rumah. Misi bermula dari jam 8pm hingga 2am. Dah lama teringin nak jalan-jalan ke sana. Tertunai akhirnya walaupun tak dirancang. Tok Siak pulak tertunai hajat nak makan ikan bakar. Kari Sembilang? Ingatkan sekadar nama tapi wujud lauknya. Hmmm.. lawatan akan datang boleh rasa. Keseluruhan masakan agak sedap. Menu kami ialah telur dadar, kailan ikan masin, kangkung goreng belacan, pari bakar, bawal bakar, 3 pinggan nasi, teh o halia dan teh tarik. Jumlah RM 35.80.
Seram bila fikir keselamatan pergi-balik dengan laluan gelap. Alhamdulilah.. selamat tiba dirumah awal pagi tadi.
|
Kami makan di sini. Sumber gambar: Puan Blogger |
|
Blues Gang makan bersila ngadap ikan bakor. Sumber gambar: Puan Blogger |
Kalau siang, dapat tengok sawah padi & ikan segar turun. Insyallah, kami datang lagi
No comments:
Post a Comment