Hari ni saya kembali menulis selepas bercuti dua hari. Hasil 2 hari cuti, keletihan. Jadi, malam ni.. rehat dengan cukup. Insyallah.
Apa yang berlaku selama 2 hari?...
Sabtu... dari ofis saya terus ke Stadium Bukit Jalil untuk perlawanan akhir piala Suzuki AFF 2014 Malaysia lawan Thailand seawal jam 3 petang. Awan menangis sepanjang petang. Malaysia menang 3-2 tapi aggregat 3-4. Bermakna Malaysia naib juara untuk musim kali ni. Saya bukan kaki bola, saya hanya layan bola demi Tok Siak saya comel tu dan cuba celik bola. Selama saya jadi pemerhati yang tak berapa pandai, saya agak bangga dengan pemain Malaysia sebab pemain Malaysia tak manja dan tak mudah rebahkan diri dipadang berbanding pemain-pemain negara luar. Biarpun lemah, mereka bermain dengan jujur. Biar menang dengan kejujuran. Suatu hari nanti, kejujuran akan dibayar dengan kemenangan.
Ahad... masih keletihan dan gagahkan diri bangun pagi jam 8:30. Dari pagi hingga jam 3 saya sibuk siap sedia dan menyiapkan menu nasi Bukhara dengan 2 kg basmathi. Alhamdulilah, masing-masing makan dengan sedap. Selesai makan, masing-masing merehatkan diri dalam cuaca yang agak sejuk.. Sebelah malam pula, seisi menyiapkan kerja ofis. Nangissssss. Siap kerja jam 1:30 pagi tadi. Zzzzz
Misti siap! |
Sekian saja, Cik Diari Maya.
No comments:
Post a Comment