Ayam bandar.... Dah lama tak makan ayam bandar. Minggu lepas macam selalu makan ayam. Resdung busuk tu dah kembali. Tanda-tandanya ialah suara sengau, kepala berat/ sakit dan bengkak gusi atau sakit gigi. Benda busuk tu dah mula keluar ikut air hidung. Tekak tak selesa sebab ada bendalir busuk. Nafas jadi busuk. Jadi, pantang makan ayam kembali.
Soal perasaan.... Saya meninggal group kekawan lama. Saya rasa lebih baik undur diri sebab wujud saya menimbulkan syak yang negatif. Ada yang tak senang, jadi untuk jaga perasaan sendiri dari hati terus berkata-kata dan tersinggung adalah lebih baik undur diri untuk beri keselesaan kepada mereka. Berdiam diri atau duduk jauh sikit adalah cara yang terbaik bagi individu yang masih memandang atau cakap-cakap negatif dan tidak memaafkan perlakuan saya yang lepas. Juga cara terbaik untuk elak dosa. Apakan daya....
Cik Cha... Alhamdulilah. Masih boleh bersabar dengan tangannya yang bersimen. Semalam Cik Cha mandi & tukar baju sendiri. Kerja rumah dia buat sikit-sikit. Selera makannya menurun. Agaknya nak makan kat luar & jalan-jalan. Mintak maaf Mak & mintak maaf juga sebab tak sempat nak masak semalam dan siapkan sarapan pagi ni. Semoga Mak cepat sembuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment