Cik Diari Maya Saya,
Saya ada dua berita dukacita. Pertama, jiran saya, Kak Jamaliah Sani telah kembali ke pangkuan Maha Pencipta lebih kurang 10 pagi semalam. Saya hanya sempat menghadiri tahlil arwah selepas solat maghrib semalam. Kedua ialah, kawan saya, Zaini Syamsila yang derita kanser payu dara kini nazak. Saya selalu ikut khabar beliau melalui watsapp group kawan-kawan sekelas dulu. Ada beberapa lagi kawan dah mula diduga dengan musibah penyakit. Saya yang sihat ni tak boleh bersenang lenang... masa saya belum tiba. Walaubagaimana pun, perlu beringat-ingat tentang makan, cara dan mengendalikan hidup. Semoga kami sekeluarga diberi kesihatan yang baik. Al-fatihah buat saya, rakan-rakan yang sihat mahupun yang menerima dugaan dan yang telah pergi.
Cerita lagi... dukacita lagi, monitor kat ofis dah meragam. Semalam seharian tak buat kerja. Tertangguh. Hari ni boleh buat kerja dengan bantuan laptop. Mujur kerja tak lebat datang. Macam kena ganti baru je. Bos pulak dah beberapa hari tak masuk. Hmmm...
Hari semakin cepat berlalu. Sekejap dah tengah bulan Januari. Selain berita kematian dan sakit, apa yang berlaku setakat ni? BR1M dah keluar. Kami dapat rm200. Alhamdulilah. Kami bertiga menjamu selera tomyam malam kemarin. Semoga tahun ni rezeki kami semakin baik dan diberkatiNya.
Sekian.
January 16, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
Semalam cuaca agak panas dan saya berkelah di belakang rumah. Puasa mana leh mandi-manda di kolam. Bukan saya, tapi itik-itik dan angsa-angs...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment