Petang Sabtu kembali lagi. Hari ni sampai rumah jam 4:30pm. Rancangnya nak masak Nasi Tomato. Macam tak sempat je. Oleh kerana bahan-bahan dah cukup sifat, gigihkan juga. Mula bersilat kat dapur jam 5pm. Satu setengah jam kemudian, siap masak. Nasi tomato dengan satu lauk je, Ayam Masak Merah. Jadi ler untuk percubaan kali pertama ni. Saya berpandukan resipi Kak Azlita Masam Manis lagi. Macam suka pula selak buku resipi Kak Azlita. Percubaan yang selalu berjaya. Alhamdulilah. Resipi yang tak terlalu fancy, atau biasa cakap, bahan-bahan yang agak mudah diadakan. Lepas ni boleh buat berkali-kali-kali-kaliiiii. Cik Diari Maya boleh lah cuba ya ;)
Jemput makan! |
Sepanjang malam Sabtu ni, masa saya banyak habis dengan buat sample uncang yang tertangguh lebih seminggu. Bila dah siap, macam teringin nak iklankan situ sana sini. Dah lama tak masukkan iklan dalam Mudah.com.my dan kemaskini blog uncang. Banyak lagi kerja yang patut saya kemaskan untuk Projek Uncang ni. Hmmm.. Projek Uncang, boleh jadi tajuk baru untuk blog. 12:27am sekarang, macam-macam idea masuk.
Harga: rm1.20 |
Sekian.
*****
2:35 pagi Ahad…
Saya masih belum tidur. Nanti siang, apa agaknya nasib saya yang tak cukup tidur. Sementara belum lelap, baju basuh la jawapnya. Sambil tunggu mesin siap cuci, reboot handphone Tok Siak dan solat…
Mula hari ni telekung pemberian Kak Ida bertukar syif dengan telekung pemberian arwah Ayah. Bila pandang telekung lepas selesai solat, teringat arwah Ayah. Tahun ni tahun ke-6 Ayah dah kembali ke pangkuan Maha Pencipta. Telekung ni semakin uzur, maklum ler hampir 10 tahun berkhidmat. Insyallah, saya guna dengan jimat cermat sebab tiada lagi telekung pemberian Ayah. Semoga Ayah dapat pahala setiap kali saya gunakannya. Wa rindu suara & tawa Ayah, terasa baru je Ayah pergi. Dah lama tak jenguk `rumah' Ayah. Insyallah, Wa lawat Ayah bila ada kesempatan. Al-Fatihah untuk Ayah… juga Mak, iaitu ayah LD saya.
No comments:
Post a Comment