May 13, 2015

Apa pasal mau cari pasal?! Tak cukup makan ka..

Cik Diari Maya,

Saya masih sibuk menyiapkan kerja-kerja makan luar Bos-bos. Hmm... macam makin menambah. Apakan daya, saya buat mengikut kemampuan. Minta maaf Bos, mana larat nak siapkan cepat-cepat. Kat rumah, setengah masa sibuk urus rumah. Setengah masa nak buat kerja ofis. Pengsan saya Bos. Ni la satu masalah bila jadi Wanted. Minggu yang sibuk....


Menu lunch hari ni. Alhamdulilah.

Minggu ni juga saya dalam dilema samada terima tawaran tukar kerja ke Kepong Baru. Posisi yang saya cuma bertukar suasana. Hmmm.. masih dalam peringkat pertimbangan kebaikan dan kerugian,  perbincangan antara saya, Tok Siak & Allah. Sukar bila buat keputusan masa depan sendiri. Rahsia Ilahi. Jumaat ni saya buat keputusan.

Lagi cerita saya hari ni... macam mana saya hadapi orang yang suka cari pasal. Tak ada pasal, cari pasal atau pasal yang sikit jadi pasal yang besar. Apa pasal? Pasal hati tu dah hitam. Apa pasal saya mau kira itu pasal? Tu dia punya pasal laaa. Heheheh. Merapu. Rasanya, amal ibadat dia kurang ikhlas. Amal ibadat yang baik menyucikan diri dan membentuk peribadi yang baik. Itu yang pernah saya dengar.. tengok ustaz-ustazah ceramah dan kuliah. Hmmm.. saya tak pandai cari gaduh, bermasam muka, buat pasal, bertegang leher dengan orang. Kalau terpaksa, hasilnya ke laut. Lambat pick-up pun ada. Bebal... lambat kesan orang tak berkenan. Jadi, untuk elak terasa, kecil hati dan lain-lain perasaan yang ke laut, baik undur dan jauhkan diri. Kalau dah tak suka, apa boleh buat. Layan sajalahhhh. Bising-bising je la kat Cik Diari Maya :)

Alhamdulilah, Allah tak beri kemahiran bermusuhan, bermasam muka, bertegang leher dan busuk hati. Bawa diri jauh sikit demi sedikit sehingga orang tu hilang cerita saya. Alasannya, tak perlu kenal saya lagi. Bantu orang tu supaya tak menambah dosa. Jadi, keadaan jadi tenang dan saya bebas dari jadi bahan pemerhatian. Untuk lakukan ni saya akui bukan senang. Disitu proses pujuk diri... sabar, fikir positif. Insyallah, lambat laun semuanya akan jadi baik. Hal yang pada permulaannya perit, lama kelamaan kita lupa dan akhirnya memaafkan kesilapan sendiri atau orang itu. Selesai.

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...