Blog ni dah mula berhabuk. Ye la... dah lama tak update stori. Sibuk dan malas sebab line tak berapa baik waktu siang kat rumah.
Hari ni hari ke-4, hari terakhir cuti (kecuali Sabtu separuh hari) sempena hari Pekerja dan Wesak. Malas nak merayap. Kurang sikit risiko buat dosa. Cuaca tak menentu... panas terik & hujan lebat. Lebih selesa kat rumah je. Siapkan kerja makan luar & uncang 100pcs. Yang penting cukup rehat. Dah lama teringin cuti lama & rehat serehatnya.
... salah satu pelbagai kerenah orang ialah penting diri sendiri. Buat baik bila ada kepentingan diri. Bila dah dapat manis, dipijak-pijak pula. Apa saya rasa? Hmm.. sabar je la. Balasan Allah itu adil... balasan yang setimpal kedua-dua pihak akan dapat.
--- lagi kerenah orang ialah suka dengar cerita orang tanpa usul periksa, mengenal peribadi mangsa. Walau baik dan alim seseorang tu, belum tentu peribadinya baik. Juga menyerlahkan sifat sebenar seseorang itu. Tanpa siasat, terus mengiakan. Akibatnya, mangsa dipinggir dan dosa tertulis pada orang yang memfitnah.
Maaf jika perkara sikap dan sifat ni selalu saya perkatakan. Ianya hanya luahan rasa. Kembali kepada panduan jalan kehidupan yang Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w dah beri. Insyallah semuanya baik dan selamat.
Menyempat bantal cengkam sebiji.. cubaan pertama |
Sekian.
No comments:
Post a Comment