May 8, 2015

Hari yang Tenang

Alhamdulilah... Jumaat kembali lagi. Saya masih berpeluang berjumpa Jumaat. Semalam... hari yang lebih tenang. Mulanya, agak serabut dari pagi hingga petang dengan kerenah kerja yang tak siap-siap. Lagi.. kerenah hal yang buat saya agak berkerut dahi.. dilema.. serba salah. Pokok pangkalnya saya dah langsaikan hal jadi dilema selama beberapa minggu ni.
Cinta sayang orang ketiga... jangan sampai kita jadi rabun pada tatacara tertib dalam agama. Jauhkan diri dari cinta terlarang. Godaan syaitan. Kadang-kadang mata saya pernah suka lihat seseorang dari jauh. Godaan syaitan menghidangkan keindahan luaran pada orang ketiga. Belum tentu dia lebih baik dari Tok Siak. Hanya kenal luaran. Jadi, pangkah terus. Pokok pangkalnya diri sendiri. Sedarkan diri. Elak diri dari mengundang dosa.
Selesai hal dilema... mula pula episod ketenangan. Saya mula menghadirkan diri ke majlis tahlil di surau. Juga menghadiri majlis ilmu. Impian dan azam pada umur yang baru ni. Bergandingan Tok Siak menuju ke surau. Bahagia. Bertemu pakcik-makcik, abang-kakak dan adik-adik... bersama-sama meraikan majlis. Terapi diri.  Berhenti sebentar dari urusan dunia. Tenang. Semoga usaha ini berterusan.

No comments:

Post a Comment

Hari ni, 8 May 2026.  Kembali teringat blog ni.  Kabarnya kini.. Kembali dalam dunia drafting pada 10 Oktober 2025.  Keperluan. Apa pun Alh...