August 20, 2016

Kerja sedekah

Kerja.. sambungan cerita dari post lepas. Saya dah buat keputusan untuk kembali bekerja dengan bos lama. Rasa hati tu banyak ke bos lama. Dah kenal lebih 10 tahun. Bos dah tahu keperluan saya dan saya pun dah sedia maklum kehendak dan keperluan kerja. Kalau dibandingkan, saya lebih selesa di sana. Surat baru je siap. Esok, hari penyerahan. Bismillah. Semoga keputusan ni beri kebaikan dan saya reda tempuh ketentuanNya. Semoga indah2 belaka. Apa pon, niat perlu baik dan betul :)


Sedekah. Dalam pelbagai bentuk.. wang, harta, kudrat? Saya akui sebelum ni saya kurang yakin dengan janji Allah. Tu masa kecik2. Bila semakin besar ni, saya memproses amalan sunnah dan kewajipan. Soalan2 yang biasa timbul, kenapa perlu buat, apa faedah yang saya peroleh..dan ye ke kalau ikut/ buat, tak akan rugi.  Baca, mendengar, bertanya dan memerhati sekeliling akan menjawap dan seterusnya kesimpulan. Kenapa saya disyorkan bersedekah. Masa kecik2, slalu anggap asal sedekah, duit. Asal duit, sedekah. Orang banyak duit je boleh. Cam saya yang ada2 ni, mana dapat nak buat. Takut2 nak keluar duit. Bila baca slalu jumpa, semakin banyak sedekah lagi kaya kita. Hmm.. garu kepala. Dari situ, ada kesedaran untuk meneroka. Buat ujikaji. Sedekah mengikut kemampuan saya. Sedekah untuk membahagiakan hidup orang lain, yang kurang bernasib baik dari saya. Apa saya dapat? Saya dapat apa yang Allah janjikan. Alhamdulilah... semoga saya semakin kaya itu dan ini serta dijauhi kesempitan.

Sekian.


No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...