August 17, 2016

KetentuanNya




Hari ni musim dengar lagu2 90-an dan awal 2000. Bila dengar, mula ler mengimbau zaman muda lepas SPM. Zaman mula nak mengembangkan rangakaian kawan2. Nak bercinta tu tak ler nak sangat pon. Nampak je macam kemaruk nak bercinta. Nak teroka dunia dewasa. Nak kenal dunia dewasa. Apa pon terima kasih pengalaman. Dunia dewasa saya macam mula bila melangkah ke alam bekerja. Saya semakin matang bila semakin meneroka alam dewasa. Suka duka hidup. Status sekarang, semakin tenang selepas tempuh keperitan. Keperitan yang menguji kekuatan diri. Hidup ni tak tau penghujungnya. KetentuanNya. Jadi, tak boleh nak riak dengan orang bila hidup ni dah selesa.. senang, tenang dan bahagia. KetentuanNya.. bila2 boleh ditarik. Jadi, bersyukur setiap kali diberi kelapangan, kemudahan dan nikmat lain yang baik. Tenang dan sabar dengan dugaan yang tiba. Sesekali hidup ni diduga.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...