Cik Diari Maya Saya,
Saya selalu cerita tentang emosi & perasaan saya. Saya ambil keputusan untuk berdiam diri, jauhkan diri sedikit atau menyendiri. Itu jalan yang terbaik untuk jaga perasaan sendiri dari terus tersinggung dan menyinggung orang lain. Juga untuk elak dosa dari kedua-dua belah pihak. Dan saya selalu tanya Tok Siak, Jahat sangat ke saya? Saya cuba jadi baik dan buat yang baik-baik dan terbaik. Tapi tak terima juga. Jawapan beliau, Kadang-kadang je. Marah, degil bila penat. Biasa, ok je dengan saya. Dan tambahan jawapan kemarin.... Tak apa la. Mereka cemburu dengan awak. Janji awak baik dengan Tuhan, Mak, Inak ( dan arwah kedua2 bapa kita) dan saya. Jawapan pengubat lara :)
Saya tak lepas dari melakukan kesilapan secara sengaja atau tidak. Dan saya berusaha dan berazam membaiki diri ke arah kebaikan. Kadang-kadang saya mohon maaf secara terbuka di facebook yang bagi saya ramai yang kenal saya ada di situ. Harapan saya semoga mereka maafkan segala kesilapan dan kesalahan saya yang disengaja atau tak disengajakan. Kadang kadang rasa sedih.. kecewa bila ada yang masih menyimpan salah silap saya. Tak terima. Apakan daya. Saya perlu teruskan kehidupan dengan lebih baik, positif dan ke arah kebaikan. Tak perlu melayan hati degil & syak wasangka mereka. Tiada kebaikan di situ...
Janji saya baik dengan Tuhan, Tok Siak, Mak & Arwah Ayah serta Inak & Arwah Mak.
Sekian.
January 10, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment