April 2, 2015

GST

Selamat pagi Cik Diari Maya.


Sepatutnya.... 


Awal sejam sampai ofis. Semangat GST katanya. Hehehh. Isu hangat sekarang. Ramai yang membantah. Katanya helah kerajaan dan semakin membebankan golongan berpendapatan sederhana ke bawah. Benar. Semakin tersepit. Mungkin juga kerajaan ingin menstabilkan semula ekonomi negara.
GST dah mula dilaksanakan sejak semalam. Sistem masih kelam kabut. Ramai yang masih belum faham. Apa boleh buat, sebagai rakyat Malaysia... saya terpaksa telan dan redah. Nak cakap banyak? Dah ramai yang tolong cakap. Bakinya, apa strategi yang boleh saya buat untuk mengurangkan/ elak perbelanjaan yang melibatkan cukai 6%? Banyakkan Do It Yourself. Bela ikan.. ayam... kambing... itik belakang rumah. Tanam sayur. Jahit baju sendiri. Elak makan diluar (gerai/ restoran). Elak pembaziran... jaga kesihatan. Elak aktiviti yang mengundang beli belah... window shopping. Pesan kat nafsu.. Jangan nak macam-macam!
Setiap hal.. masalah, ada penyelesaiannya. Ya dak??? Jangan biarkan diri disepit dan tersepit ;)

No comments:

Post a Comment

Hari ni, 8 May 2026.  Kembali teringat blog ni.  Kabarnya kini.. Kembali dalam dunia drafting pada 10 Oktober 2025.  Keperluan. Apa pun Alh...