Ntah ngapa ari ni aku dapat satu penyakit baru... sawan mesin atm. Tang kuar duit, aku gi kat mesin deposit, tang masuk duit, aku gi kt mesin deposit... apa daaaaaa. Sib baik orang tak baper ramai & tak baper perasan kesilapan yang aku buat. Dah ler pakai kad bank lain. Heeeee.
Cam biasa time2 ujung bulan/ awal bulan, aku pengunjung wajip mesin tunai & deposit bank. Biase ler, duit masuk duit kuar.... wa tarak untung manyakkk. Ikut nasib, kekadang untung negatif.. kalau positif, dapat ler seposen dua. Heeee.. alhamdulillah :)
November 30, 2011
November 29, 2011
cerita 105... buat apa kat bus stop tu... nak ke mana tu?
Nak gi kay illl ler.... |
Heheh... ni citer semalam, gi shopping sluar & baju bisnes. Semalam cuti cover sambutan Maal Hijrah kemarinnyer. Sempoi & slebet ngan kasut 'gi pasar borong pagi ahad'.. suar coklat kegemaran & payung bunga lalingku. Naik bas rapid kl lagik... yeayyy!.
Info: Tambang bas cheras batu 10-kotaraya... rm2.50
November 28, 2011
cerita 104... Malaysia vs Bahrain
Selamat Tahun Baru. Semoga tahun ni lagi best dari tahun lepas :)
*****
Semalam buat petama kali aku jejakkan kaki ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak. Semangatnya berbeza dari tengok nyanyi-nyanyi. Bagus... terapi untuk pulihkan semangat yang hilang. Kali ni, Malaysia vs Bahrain. Malaysia tewas 2-3. Mungkin pasukan Malaysia kepenatan lepas Sukan Sea ke26 minggu lepas.
November 26, 2011
cerita 103... tawa besarrrrr
Tengah malam tadi sesudah makan malam ke2, aku & lalingku layan mega lawak. Kitorang mengilai besar dengan lawak2 yang sempat kitorang tengok. Antaranya......
November 25, 2011
Pink kalerrrrrr
Baru ni aku perasan, sejak dua menjak tahun2 ni, duniaku dikelilingi kaler-kaler pink. Kenapa aku dilanda kesesatan... terjebak dalam kancah pink kaler. Kenapa aku murtad kaler biru... yang pasti, emosi, prinsip... jiwa aku makin berubah dari warna biru ke warna merah jambu. Perubahan ni ada ke positif? Atau negatif?
Aku mau kembali ke warna biru... tapi pink kaler juga yang terpilih.
Daripada http://pakarhowto.com,
Biru tua:
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan..
Merah jambu:
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.
Bila aku imbas balik, sebelum aku berumahtangga, aku berdikari. Semuanya aku buat dan selesaikan sendiri. Aku bersikap pelindung. Aku kurang mengharap bantuan orang lain. Tapi sejak aku ada suami, sikap bergantung mula ada, sensitif lebih & manja.

cerita 103... potong kaki
Alhamdulilah... Jumaat datang lagi. Jap je dah Jumaat.... cepat masa berlalu. Makin cepat tue la ni. Hehehhh.
Hari ni aku nak citer pasal salah satu makanan kegemaran aku sekarang. Choki Choki. Sambil wat kije... sambil makan..
Seingat aku, mula-mula aku tengok choki choki ni jual.... masa umur aku 8 tahun. Aku rasa harga masa tu 20sen. Aku mampu tengok jek, tak mampu beli sebab duit belanja yang ada tak cukup nak beli. Aku rasa kalau dapat beli benda ni, memang kayerr. Zaman kanak2 aku tak semewah kekawan lain. Belanja dikontrol & tak dimanja ngan duit blanja yang banyak. Tiga posen blanje harian skola rendah, naik seposen lagi bila naik skola menengah dan tambahan elaun sepoloh hengget sebulan dan terakhir lima posen masa tingkatan lima dengan elaun lima poloh hengget sebulan. Masa tu duit blanje singgit dah kira besar. Bila dah cukup besar ni, aku trauma memula... teragak-agak nak beli tapi dengan adanya duit belanja yang cukup ni, bukan mampu beli satu... aku beli 1 bungkus terus. Hahahaha... . Sebungkus ada 5 batang. Hari2 aku bedal 1... 1.. sampai lupe aku dah bedal 5 batang. Bila abis, baru aku stop. Kalau gini ler.... 5 tahun akan datang, aku kena potong kaki lorrrr. Ada cita-cita nak beli sekotak .. (dan aku dah tanya kat rege sekotak kat MyMydin...... rugi beli 1... 1 bungkus. Kan... kan.... heeeeeee)
Hari ni aku nak citer pasal salah satu makanan kegemaran aku sekarang. Choki Choki. Sambil wat kije... sambil makan..
Choki choki |
November 24, 2011
Hatinya suci bersih...
Selama aku kenal lalingku, aku kagum dengan sikap lalingku. Walau apa yang orang niat & perlaku tak baik kat dia.. dia tenang, sabar, buat cam tak ada benda berlaku, rileks & tetap buat baik dengan orang tu.
Aku selalu nak tanya apa tips dia. Malam tadi, aku tertanya masa kami borak-borak sementara mata lelap. Dia cakap, biar apa orang buat... kalau tak kat dunia, akhirat nanti semuanya akan dibalas Allah.
Dan lagi, kekadang aku tanya sambil-sambil sembang....
Orang hutang tak bayar... 'tak apa.. rezeki tu dipinjamkan Allah. Kita usaha cari'.
Cantik/ ensem kan orang tu... 'cantik mukak, tak guna kalau hati tak cantik. Ustaz cakap, tutup lampu kita sama sajak'. Seweeettnyer lalingku. Hahahahaha...

cerita 102... bah mula melanda
@ Terengganu (23-11-11) |
Banjir Thailand dah mula reda & kerja-kerja pembersihan sekarang. Peristiwa banjir Thailand meragut ratusan nyawa, kerugian harta benda & kilang-kilang terpaksa menghentikan operasi berminggu-minggu. Mesin-mesin rosak teruk, kena tunggu 6 bulan untuk mesin baru. Tempias kepada negara-negara lain yang meimport barang-barang Thailand.
Ini semua menunjukkan, kuasa Allah sangat hebat. Tak ada seorang manusia boleh menandingi kuasa Allah yang maha hebat. Sekelip mata Allah boleh meragut nikmat yang dah diberi. Kejadian-kejadian ni membuka akal fikiran dan hati untuk insaf dan dekatkan diri kepada Maha Pencipta. Tinggalkan laranganNya & amalkan perintahNya. Insyallah, hidup baru sedap! ;)
sumber: http://www.bharian.com.my
November 23, 2011
cerita 101... idop biar sedap
Subtopik masalah sinarfm:
"Suami mula curiga selepas menghadiahkan handphone kepada isteri"Gambar hiasan |
Nak komen gak... .
Dengan adanya kecanggihan alat komunikasi dan kemudahan bersosial (facebook, twitter...), kita semakin mudah berhubung dengan kekawan & menjalin persabatan yang baru. Banyak kes berlaku isteri semakin curang dengan suami sebab dah jumpa cinta baru. Cinta baru memang lebih wangi sebab baru kenal, semuanya wangi & indah. Cinta suami, dipinggirkan. Isteri lupa, kekasih baru hanya tawarkan cinta yang wanginya sementara. Allah tak akan merestui kecurangan yang dilakukan. Jadi, hubungan yang macam ni hanya sementara. Ramai isteri semakin lupa atau tak ambil tahu ajaran Islam tentang batas-batas pergaulan dengan kawan-kawan selepas diijabkabul. Aku perhati dan pengalaman sendiri, isteri-isteri semakin ghairah mengejar kecanggihan untuk berhubung dengan kawan-kawan dan semakin lalai menunaikan tanggungjawap. Aku tak nafikan, semakin canggih teknologi semakin banyak kes-kes keretakan hubungan suami isteri. Aku sentiasa mengingatkan diri aku berpada-pada bila bersosial dan memohon semoga Allah lindungi aku dari pergaulan yang boleh mengundang kecurangan.
November 22, 2011
cerita 100... dah ke seratus laaa
Oyeaaaaa... Alhamdulillah. Harimau Malaya berjaya dapatkan emas untuk ibu segala acara.... bola sepak. Akhirnya selepas 120minit berhempas pulas... 15 minit masa tambahan & sepakan penalti. Sepanjang perlawanan aku berdoa & baca al-fatihah supaya semangat Harimau Malaya tak luntur, usaha bersungguh-sungguh menentang Indonesia.... 5-4. Alhamdulillah Harimau Malaya tenang dan tetap bersemangat dipadang tuan rumah yang dibanjiri 100 000 penyokong garuda, dihantui kata-kata yang menampakkan emosi yang tak sopan Indonesia dan perlakuan kotor, menelan semua kekasaran pasukan lawan.
Begitulah, jika kita sentiasa berdoa, sabar & berbuat baik dalam menghadapi pihak lawan... insyallah Allah akan beri ganjaran yang baik.
sumber: http://bernama.com, http://sport.malaysia.msn.com
Begitulah, jika kita sentiasa berdoa, sabar & berbuat baik dalam menghadapi pihak lawan... insyallah Allah akan beri ganjaran yang baik.
Hero Harimau Malaya sebelum perlawanan bermula |
Aummmm.. |
Gol kemenangan |
Jom raikan... |
Tahniah... alhamdulilah :) |
Syukran.. walaupun Fakri keletihan.. |
November 21, 2011
cerita 99... e ley ley leyyy... ooo ... arrrr
Semangat dengar lagu ni. Malam ni penentu pingat emas bola sepak antara Malaysia dan Indonesia. Sekali lagi berjumpa. Aku mohon doa smoga Allah memberi kemenangan kepada Malaysia kali ini. Andaikata kalah, tak apa. Janji Harimau Malaya bersungguh-sungguh & bersemangat.
Aummmmmmm... grrrrr
Blues Isnin: 'Selamanya..'
Jom 'nari' tepat jam 5,
A le le le le selamanya,
Sokong Malaysia,
Oooohh ohhhhh Harimau Malaya
auummmm..
Aummmmmmm... grrrrr
Blues Isnin: 'Selamanya..'
Jom 'nari' tepat jam 5,
A le le le le selamanya,
Sokong Malaysia,
Oooohh ohhhhh Harimau Malaya
auummmm..
November 19, 2011
cerita 98... sabtu kembali lagi. Oyeaaa!
Sabtu minggu ni aku sambut ngan tolong Mak masak nasi lemak awal pagi tadi dan cuci ofis. Bukan ofis ni tak ada cleaner tapi serupa tak ada cleaner sebulan. Sampai sakit mata aku pandang lantai dapur... cam dah sebulan tak di mop. Atas usaha sendiri, aku angkut mop dari umah (mop ni ofis punyer sebenarnya, aku tolong simpan 'jap' masa sebok2 pindah ofis setahun yang lalu.... heheh).
Dah siap bersih :) |
Upss.. toilet ni dah bersih laaa |
Pagi ni aku buat ujian darah masa siapkan print drawing Ah Hoi. ... bertukar kaler biru ke. Hehehh..
Positif.... kaler merah |
November 17, 2011
cerita 97... Love what i do!
Petang tadi aku terklik kat link Ustaz Zamri, Mantop Training & Consultancy Sdn Bhd. Love what i do!... oyeaaa... dah semistinya. Bila baca, terasa ada satu semangat. Dan pas semayang maghrib tadi, aku melaksanakan Love what i do!: Air Soya (homemade). Hehehh... Mak cakap, rajinnyerrrr. Mistilaaa... suka minum, kena la rajin buat :)
Love what i do!: Air Soya (homemade) |
*****
Sambil tenet & menikmatan air soya, aku layan bola sepak Sukan SEA ke 26, Malaysia lawan Indonesia... 1-0. Oyeaa.. alhamdulilah, syabas & tahniah. Walaupun layanan tak memuaskan, tetap bersemangat.
Sumber: Berita Harian (18Nov2011) |
November 16, 2011
cerita 96...
@Bajet 2011 |
November 15, 2011
Ermm.. sebelom aku publish post ni, aku berkira2, perlu ke? Aku dah masuk campur hal ni. Tapi sampai bila aku nak biarkan berlaku lagi. Akhirnya, aku pejam mata klik 'post' walaupun aku tau risikonya. Dan sekarang 'target' dah baca. Samada hasilnya positif atau negatif.... dalam beberapa hari lagi.
Aku kecewa dengan sikap dia. Bukan hasutan dari mana-mana pihak tapi dari apa yang aku perhatikan selama ni. Cuba dia berada ditempat perempuan tersebut. Perlakuan dia bagi kesan kat hidup perempuan tersebut. Aku faham pengorbanan & harapan seorang perempuan bila dia sayang seseorang (kekasih) menghadapi masa2 susah senang. Aku harap dia pertimbangkan & fikir balik sikap dia selama ni. Semoga dia insaf. Aku cuma nak sedarkan dia supaya lebih bertanggungjawap atas apa yang dia lakukan. Allah sentiasa memerhati perlakuan hambaNya dan hambaNya perlu beringat, setiap perlakuan terhadap pasti akan dibalas dan bila2 masa Dia boleh menarik nikmat yang dikurnia kepada hambaNya.
November 14, 2011
cerita 95... hujung minggu
Kak Adz |
Aku rasa bersalah pada diri sendiri sebab kebanyakan yang dirancang & janji, aku selalu tak dapat tunaikan. Rasa risau, takut & serik. Aku hanya manusia biasa. Taip yang dirancang tak semistinya terjadi.... semua dengan izinNya. Ada hikmah. Hanya Allah je yang tahu semuanya. Dan aku harap mereka yang terlibat memahami aku dan tak ada niat sengaja aku tak penuhi janji & hal yang dirancang.
Pengorbanan Siti Hajar..
NABI Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya.
Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar.
Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu.
Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu.
Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke Baitul Haram.
Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.
Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.
Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.
Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.
Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:
"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"
Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."
Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."
Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"
Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."
Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.
Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.
Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya.
Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."
Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.
Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."
Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.
Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.
Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali.
Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?
Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.
Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air.
Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.
Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.
Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."
Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.
Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.
Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental seperti Siti Hajar, tentulah mereka akan sentiasa bahagia dan tidak akan mengenakan sekatan tertentu terhadap suami.
Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup baik untuk diteladani.
Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu.
sumber: http://www.ukhwah.com/

November 12, 2011
Episod 43 Semanis Kurma: Biar aku berkorban
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar - Pengorbanan yang hebat.
Mukadimah menentukan natijah - Permulaan yang baik, baiklah akhirnya. Cinta rumahtangga hebat ialah cinta yang dibina atas cinta Allah. Cinta fizikal adalah seumpana cinta kelas haiwan.
Doa Nabi Ibrahim ketika terpaksa berkorban meninggalkan isteri & anaknya, Nabi Ismail a.s, sendirian dalam kesusahan ditengah padang pasir untuk melaksanakan perintah Allah - Surah Ibrahim ayat 37-38
Jangan batalkan pahala dengan bangkitkan sedekah yang dibuat.
Doa akhir episod - Menghilangkan rasa duka cita
November 11, 2011
Luahan rasa 2... yeayyyy baby baru!
cerita 94... stresssssszz 11.11.11
Pagi ni aku baru perasan hari ni tarikh cantik. Topik sinar pagi ni juga. Ramai yang menikah hari ni. Aku pulak.... stressss!. Mula ngan lupa jahit butang suar lalingku kat umah tadi. Salah aku.Dalam keta dua-dua diam jek. Kat ofis, ramai lak orang datang kat bilik kaca ni.... buat banyak bunyi. Aku dah mule pening. Aku kena tolong print pic dalam masa yang sama amoi2 interkom cari orang tu... orang ni. Aku dah mula stresssssssszzz.. argghhhh stresssssssssssssszzz. Akibatnya keja print aku buat tak ikhlas & jawap call dengan sore yang empesssss. Padan muka aku. Harap2 lepas ni keadaan kembali ceria :P
*****
Nota:
1.12pm: Aku berjaya pujuk Lalingku dari merajuk pagi tadi. Aku berazam akan jadi isteri yang lebih baik.. dari makin malas, sengal lagi degil. Emosi pagi tadi dah mula ok ;)
Aku juga dapat anak sedara baru tadi. Alhamdulilah. Semoga Razima & Baby boy sihat ;)
Aku juga dapat anak sedara baru tadi. Alhamdulilah. Semoga Razima & Baby boy sihat ;)
November 9, 2011
Luahan rasa hati 1... berpisah demi masa depan
@Labuan |
Aku ada perancangan akan menetap di Lahad Datu suatu hari nanti & kerjaya aku berakhir dengan jalankan perniagaan di sana. Setakat ni, aku selesa & suka berada di kampung. Jadi, sekarang aku sedang buat persediaan menambah kemahiran terhadap minat aku. Apa pun, aku berdoa perjalanan hidup kami mendapat keizinanNya & diberkatiNya. Aku bersyukur dengan rezeki & kebahagian selama ni. Semoga hidup kami semakin hari semakin bahagia & dimurahkan rezeki oleh Yang Maha Esa :)
cerita 95... Jualan dibuka!
Kemengantukkan pagi ni. Hek4. Tido kul 2 pagi tadi. Nasib baik keje tak kasi stress sekarang. Malam tadi aku mula kejekan seluar2 aladdin & palazzo. Dah settle, upload dalam blog JW Kraf. Jualan dah dibuka. Aku try rezeki dok sambil2 jual kat blog, jual kat kampung Lahad Datu dah memang tetap.
Pas tu, aku kejekan padwallet. Puas ati ngan keje2 malam tadi. Wuaaaa... tinggal 2 hari lagi untuk siapkan 30pcs ;P
November 7, 2011
cerita 94... salam aidil adha.
Jalan Tunku Abdul Rahman |
Hari Sabtu lepas, aku ke Jalan TAR untuk beli barang2 projek. Kurang kesesakan warga KL mungkin sebab ramai yang balik kampung. Lepas tu, aku gi Chow Kit untuk beli borong seluar Aladin.
Satu perkara aku nak share, aku tenggelam dalam lautan warga asing kat Kotaraya & Chow Kit. Seram gak sebab aku sorang diri. Terkejut gak sebab dah lama tak turun. Hmm.. aku perhati banyak gak kedai2 sekitar jual barang2 versi negara asing. Kebersihan.... tak memuaskan.
Keselamatan bagi wanita tempatan yang bersendirian, kalau boleh elak berada di situ. Aku sendiri duduk depan van polis bergerak sementara tunggu bas balik kat Kotaraya.
Kotaraya |
Hari ni aku & mylaling terkejut, tabung duit syiling (simpanan raya) selama 2 bulan kitorang ilang rm100 lebih. Orang yang amik tu tinggalkan rm60. Cincin tanda & cincin hadiah kawin pun disebatnya. Dia tinggalkan cincin tunang jek. Cesssssss... makan duit haram ko. Naper tak licinkan smue skali, baru puas ati. Ada lak tinggalkan skit.
November 4, 2011
cerita 93... terus terang
Betul ke tindakan aku? Aku dah dedahkan sikit perihal Z kat A. Bagi aku, A perlu tahu sebelum dia menyesal & kesal hidup bersama Z nanti. Selama ni, Z banyak berlakon kat depan A. Aku hanya perhatikan saja gerak geri Z. Aku tak nak masuk campur hubungan diorang, lambat laun A akan tahu juga. Sekarang A dalam dilema & mula tawar hati kat Z. Aku rasa bersalah sebab bercerita sikit tentang Z kat A. Bukan maksud aku nak pisahkan diorang tapi untuk kebaikan A.Aku harap A boleh ubah sikap Z dan Z sedar kesilapan dia. Aku harap diorang tak cepat melatah sebab hubungan diorang baru setahun. Anggap ni asam garam hubungan cinta kasih diorang.
November 3, 2011
November 2, 2011
Siapa la dia ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
Semalam cuaca agak panas dan saya berkelah di belakang rumah. Puasa mana leh mandi-manda di kolam. Bukan saya, tapi itik-itik dan angsa-angs...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...